loading...
Memiliki
anak yang soleh merupakan dambaan setiap orang tua. Berikut ini adalah beberapa
perkara yang bisa menjadikan keturunan kita menjadi anak yang soleh dan
solehah.:
Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat
perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana
agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis
riwayat al-Bukhari.
Kedua,
hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada
gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu
hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak
mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma
jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama
Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan
daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami.
Jika
Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan
tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari.
Ketiga,
hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian
itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan
diturunkan daripada ibu kepada anaknya.
Keempat,
seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak
melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.
Kelima,
hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada
perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika
lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang
Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya.
Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang
kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima
dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa
tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan
pada anak tersebut.
Keenam,
memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang
baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk
kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi
nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang
terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang
menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih.
Ketujuh,
memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan
perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan
mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.
Kelapan,
memberi pendidikan agama yang cukup. Kesembilan, menjaga kesucian anak itu
dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.
Demikianlah
antara hak-hak anak. Wallahua’lam
loading...
Anda sedang membaca artikel tentang Tips Melahirkan Anak Soleh dan anda bisa menemukan artikel ini dengan url http://al-syahbana.blogspot.com/2013/02/tips-melahirkan-anak-soleh.html
0 comments:
Posting Komentar
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda
• Gunakanlah bahasa yang sopan dalam berkomentar
• Dilarang melakukan SPAM
• Dilarang menggunakan link
• Dilarang promosi dalam kotak komentar (jika ingin memasang iklan silahkan hubungi kami)