loading...
Mungkin ada di
antara kita pernah mengujungi Masjidil Haram sama ada bagi menunaikan ibadah
haji mahupun ibadah umrah. Namun bagi yang berpengalaman ke sana, mungkin
tertanya-tanya mengapakah lantai di Masjidil Haram tidak panas sedangkan cuaca
pada ketika itu benar-benar panas sehingga mencecah lebih 40 darjah.
Begitu juga
dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga di bandar yang
terletak sekira satu jam perjalanan dari Mekah ini, biasanya keluar pada petang
hari agar boleh sembahyang Maghrib berjamaah sekaligus melakukan umrah.
“Kebiasaan orang
di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada pagi
hari,” kata guide MCH Jeddah, Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.
Memang suhu di
Makkah belakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius.
Bandingkan dengan Jakarta yang puncak panasnya berada di kisaran 37 darjah
celcius. Puncak panas biasanya terjadi pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah
itu, terus menurun hingga malam hari.
Memang keadaannya
sangat jauh berbeza. Jika malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu menguras
tenaga.
Berbeza halnya
jika tawaf dilakukan siang hari. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas
matahari yang menyengat.
Meski demikian
yang unik, meski mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak tidak
terasa panas sama sekali. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas
matahari langsung menerpa lantai marmar.
Ini berberda
dengan lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah. Saat berjalan, telapak
kaki berasa sangat panas tab berjalan di atas bara api. Kami berjinjit dan
berlari kecil untuk mengelakkan panas tersebut.
Lalu kenapa di
lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini
menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu ummal (cleaning service) di Masjidil
Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang
air conditioner agar telapak kaki peziarah tidak melepuh, kepanasan.
Setelah membaca
buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain,
barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak berubin marmar seperti saat ini.
Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. Barulah pada masa Abdullah Ibnu Zubair.
Ubinnya saat itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954
M di masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus berdatangan. Kini lantai
marmar untuk tawaf terbuat dari marmar high terbaik yang mampu menahan teriknya
panas matahari.
Awalnya lokasi
tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga
gerbang pintu masuk telaga Zamzam.
Pada masa Raja
Faisal pengubahsuaian dilakukan melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya
adalah pembongkaran bangunan di atas Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf
lebih lebar dari sebelumnya.
Pada masa Raja
Khalid, perluasan laman untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga
zamzam dipindahkan ke dekat serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah area
tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian
Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.
Kemudian,
pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibangunlah ruangan bawah
tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa
dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat
bawah tanah berasal dari tempat yang sama.
Jadi wajar saja,
jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu
udara sangat panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi
terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara
mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.
loading...
Anda sedang membaca artikel tentang Mengapa Lantai Masjidil Haram Tidak Panas? dan anda bisa menemukan artikel ini dengan url http://al-syahbana.blogspot.com/2012/10/mengapa-lantai-masjidil-haram-tidak.html
0 comments:
Posting Komentar
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda
• Gunakanlah bahasa yang sopan dalam berkomentar
• Dilarang melakukan SPAM
• Dilarang menggunakan link
• Dilarang promosi dalam kotak komentar (jika ingin memasang iklan silahkan hubungi kami)