Info Terbaru
Loading...
21 April 2014

14 Amalan yang Disukai Setan

Senin, April 21, 2014
loading...

14 Amalan yang Disukai Setan
Amalan yang Disukai Syaitan - Syaitan adalah musuh utama orang mukmin. Apakah amalan-amalan yang di sukai oleh syaitan…..??? kita cari jawabannya agar kita dapat menjauhinya
Jika dikaji berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW terdapat 14 perkara yang disukai oleh syiatan. Oleh itu perlulah kita jauhkan diri daripada perkara-perkara yang di sukai oleh syaitan.


1. Syaitan makan dan minum dengan tangan kiri :
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Apabila seseorang daripada kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya. Ini karena sesungguhnya, syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya. “(Hadis Riwayat Muslim)

2. Syaitan minum dan makan dalam keadaan berdiri :
Rasulullah SAW melihat seseorang yang minum sambil berdiri.Baginda menegur, ” Jangan begitu! ” Orang itu bertanya, ” Mengapa? ” Rasulullah menjawab, ” Adakah kamu suka minum bersama kucing? ” Orang itu menjawab, ” Tidak. ” Rasulullah SAW meneruskan: “Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kamu sesuatu yang lebih buruk dari padanya, iaitu syaitan. “(Hadis Riwayat al-Darimiy dengan sanad yang sahih)

3. Syaitan ketawa apabila menguap sehingga mengeluarkan bunyi :
Sekiranya kalian menguap, ingatlah itu adalah daripada syaitan. Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Menguap adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang daripada kalian menguap, tahanlah sebisa mungkin karena sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi ‘Haaa’, maka ketawalah syaitan. “( Hadis Riwayat Bukhari) Jika tidak dapat menahan diri daripada menguap, maka tutuplah mulut dengan tangan dan berusaha tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud : “Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya karena sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka). “( Hadis Riwayat Muslim)

4. Syaitan kencing di telinga :
Apabila seseorang itu tidur sehingga pagi hari maka syaitan kencing di kedua belah telinganya seperti di dalam hadis riwayat Imam Al-Bukhari yang bermaksud : ” Itu ialah orang yang syaitan telah kencing di dalam kedua-dua telinganya atau salah satu telinganya”

5. Syaitan dapat makan, minum dan tempat bermalam :
Imam Muslim meriwayatkan hadis yang bermaksud: “Apabila seseorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah dengan membaca ‘Bismillah’ ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan kepada golongannya ; ” Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga memiliki makanan malam. ” Sebaliknya apabila seseorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya, berkatalah syaitan kepada golongannya ; ” Kalian telah mendapat tempat bermalam. ” Apabila seseorang tidak mengingati Allah ketika makan, maka berkatalah syaitan kepada golongannya ; “Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan malam. “

6. Syaitan makan sisa-sisa makanan :
Apabila Rasulullah SAW makan, baginda menjilat jari-jarinya sebanyak tiga kali. Anas berkata, bahwa Rasulullah bersabda (maksudnya) : “Jika sesuatu makanan seseorang kalian jatuh, hendaklah dia mengambilnya dan membersihkan sebarang kotoran yang melekat padanya lalu memakannya. Janganlah meninggalkannya untuk syaitan. ” Anas melanjutkan ; ” Rasulullah juga menyuruh kami untuk menghabiskan sebarang sisa makanan. ” Baginda berpesan ; ” Ini karena kalian tidak tahu di bahagian manakah pada makanan kalian terdapat keberkatan. ” (Hadis Riwayat Muslim)

7. Orang yang membazir ialah saudara syaitan:
Siapakah yang telah mempersaudarakan seorang yang membazir dengan syaitan?.Allah SWT sendiri yang mempersaudarakan antara keduanya. Firman Allah SWT ;Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu ialah saudara-saudara syaitan.” (Surah Al-Isra’ ayat 27)

8. Syaitan mengganggu ibadat manusia :
Sahabat bernama ‘Uthman bin Abi al-‘Ash mengadu kepada Rasulullah SAW ; ” Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syaitan menghalang antaraku dan solat serta bacaan Al-Quran ku, dan ia selalu mengelirukan aku. “Maka Rasulullah menjawab ; ” Itulah syaitan yang disebut sebagai ‘Khanzab’, maka apabila merasai gangguannya, mohonlah perlindungan Allah dan ludahlah ke kiri sebanyak tiga kali. ‘Uthman bin al-‘Ash kemudian berkata; ” Aku melakukan itu dan Allah menjauhkan gangguan syaitan itu dariku. ” (Hadis Riwayat Muslim)

9. Sikap terburu-buru adalah daripada syaitan :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Ketenangan adalah daripada Allah manakala tergesa-gesa adalah daripada syaitan. ” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

10. Sikap cemburu adalah daripada syaitan :
Cemburu di sini ialah cemburu membabi-buta tanpa bukti dan usul periksa. Seperti hadis Aishah r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud: ” Apa yang terjadi kepada kamu, wahai Aishah? Adakah kamu cemburu? ” ” Takkanlah aku tidak cemburu kepada orang seperti tuan? ” Kemudian Rasulullah SAW melanjutkan : “Apakah telah datang kepadamu syaitan kamu?” ” Wahai Rasulullah! Apakah bersama aku ada syaitan? ” ” Ya. ” ” Dan apakah syaitan itu ada di setiap manusia? ” ” Ya. ” ” Apakah syaitan juga bersama kamu wahai Rasulullah? ” ” Ya, akan tetapi Tuhanku telah menolongku daripadanya. “

11. Perasaan marah adalah daripada syaitan :
Apabila seseorang itu di dalam keadaan marah, syaitan menguasai dirinya sehingga sanggup melakukan perkara di luar batas kemanusiaan. Perkara ini boleh diatasi dengan membaca ‘istiqhfar’ . Sulaiman Bin Surd berkata: “Ketika aku sedang duduk bersama Nabi SAW, terdapat dua orang sedang bertengkar sehingga salah seorang daripada mereka menjadi merah wajahnya dan urat-urat lehernya timbul. Maka Nabi SAW bersabda: ” Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan niscaya kemarahannya akan hilang. Iaitu sebutlah ‘A’uzubillahi minash syaitan’ niscaya kemarahannya akan hilang. “( Hadis Riwayat Bukhari)

12. Syaitan gemar berkeliaran pada waktu senja :
Kita sering dilarang oleh ibu bapa kita supaya tidak berada di luar rumah pada waktu senja. Pesanan ini berasal daripada Rasulullah SAW yang bermaksud: ” Apabila malam menjelang tiba, maka tahanlah anak-anak kalian (daripada keluar) karena sesungguhnya pada waktu itu syaitan-syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu waktu Isya’, maka lepaskanlah mereka”. (Hadis Riwayat Bukhari)

13. Pasar adalah tempat kegemaran syaitan :
Tempat-tempat seperti ini merupakan tempat syaitan melepak. Rasulullah SAW bersabda: ” Selagi mampu, janganlah menjadi orang yang pertama memasuki pasar dan janganlah menjadi orang terakhir yang keluar dari pasar karena sesungguhnya pasar ialah medan tempur syaitan dan di situlah benderanya ditancapkan. “( Hadis Riwayat Muslim) Pada masa kini pusat membeli belah, pasaraya dan bursa saham juga termasuk di dalam hadis di atas.

14. Syaitan boleh membesar seperti rumah :
Imam Ahmad Bin Hanbal dalam musnadnya meriwayatkan dari seseorang yang dibonceng oleh Nabi SAW. Dia berkata , ” Tunggangan Nabi SAW tergelincir, maka aku katakan celaka syaitan. ” Nabi SAW bersabda : ” Janganlah kalian menyebut ‘Celakalah syaitan!’ karena apabila engkau mengatakannya, syaitan akan membesar sehingga sebesar rumah dan berkata, ‘Demi kekuatanku!’ . Sebaliknya sebutlah ‘Bismillah!’ karena apabila engkau mengatakannya syaitan akan mengecil sehingga sekecil lalat. “

Wallahua’lam !!!
loading...

0 comments:

Posting Komentar

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda
• Gunakanlah bahasa yang sopan dalam berkomentar
• Dilarang melakukan SPAM
• Dilarang menggunakan link
• Dilarang promosi dalam kotak komentar (jika ingin memasang iklan silahkan hubungi kami)

 
Toggle Footer