Info Terbaru
Loading...
14 September 2013

Gambaran Keadaan Surga Menurut Al Quran

Sabtu, September 14, 2013
Gambaran Keadaan Surga Menurut Al Quran
Gambaran Keadaan Surga Menurut Al Quran - Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat dikumpulkan :


- "Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (QS. Ar-Ra'd; 35)

- "Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (QS. Ar-Rahman; 48)

- "Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (QS. Ar-Rahman; 50)

- "Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (QS. Ar-Rahman; 52)

- "Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (QS. Ar-Rahman; 54)

- "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (QS. Ar-Rahman; 56)

- "Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (QS. Ar-Rahman; 66)

- "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (QS. Ar-Rahman; 70)

- "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (QS. Luqman;8 )

- "Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (QS. Ibrahim; 23)

- "Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (QS. Maryam; 62)

- "Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (QS. Al-Hadid; 21)

- "Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (QS. Yasin; 57)

>- dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (QS. Fathir; 33)

- "....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (QS. Al-Furqan; 76)


Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.
loading...

1 comments:

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda
• Gunakanlah bahasa yang sopan dalam berkomentar
• Dilarang melakukan SPAM
• Dilarang menggunakan link
• Dilarang promosi dalam kotak komentar (jika ingin memasang iklan silahkan hubungi kami)

 
Toggle Footer