Info Terbaru
Loading...
23 Mei 2013

5 Keutamaan Dzikir Lailahailallah

Kamis, Mei 23, 2013
loading...

5 Keutamaan Dzikir Lailahailallah
5 Keutamaan Dzikir Lailahailallah - PERTAMA: Pengamal akan mendapat syafaat dari Rasulullah saw, sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

"Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

KEDUA : Mendapat jaminan masuk Syurga.



Dari Zaid bin Arqam r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

"Barangsiapa yang mengucapkan Lailahaillallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam Syurga. Lalu ditanya kepada Baginda : Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah saw bersabda : Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram".(Hadis riwayat Al-Imam At-Tabarani).

KETIGA : Tidak akan dimasukkan ke dalam api Neraka.

Dari Umar r.a meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

"Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu Lailahaillallah".(Hadis riwayat Al-Imam Al-Hakim).

KEEMPAT : Amalan zikir tersebut mendapat timbangan yang lebih berat dari amalan-amalan yang lain.

Dari Abi Abas r.a bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

"Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada dibawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah Lailahaillallah di sebelah yang lain, maka dacing kalimah (Lailahaillallah) itulah yang lebih berat".(Hadis riwayat Al-Imam At-Tabarani).

KELIMA: Merupakan anak kunci Syurga.

Muaaz bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

Anak-anak kunci Syurga ialah mengakui kalimah Lailahaillallah (Hadis riwayat Al-Imam Ahmad).
loading...

0 comments:

Posting Komentar

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda
• Gunakanlah bahasa yang sopan dalam berkomentar
• Dilarang melakukan SPAM
• Dilarang menggunakan link
• Dilarang promosi dalam kotak komentar (jika ingin memasang iklan silahkan hubungi kami)

 
Toggle Footer