loading...
Ketika
dunia telah kiamat dan seluruh umat manusia telah dibangkitkan, maka seluruh
manusia akan menghadapi sebuah
pengadilan akbar di padang mahsyar.
Pada
hari pertama pengadilan di padang mahsyar, seluruh manusia berhimpun semenjak
manusia pertama yaitu Nabi Adam sehinggalah manusia terakhir. Keadaan manusia
pada hari itu sesuai dengan amalannya semasa di dunia dahulu. Rasulullah SAW
menggambarkan ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat pertolongan dan
naungan pada hari itu
, menerusi sabda beliau yang maksudnya:
Sebilangan
manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat yaitu hari
yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di
antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam
mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan
masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya
berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh
perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan
berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi
sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,
dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam
ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat
Jalal dan sifat Jamal Allah. – (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)
Terdapat
tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu sesuai
dengan hadith di atas, yaitu:
Pemerintah yang adil.
Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah
perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk
melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya
ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi
pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.
Pemuda yang hidupnya sentiasa
mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa
dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam
remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa
ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.
Orang yang hatinya sentiasa terikat
dengan masjid. Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan
bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi
Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.
Dua orang yang berkasih sayang kerana
Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.
Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga
melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang
menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan
sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat
pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.
Orang yang dipujuk oleh perempuan yang
kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut
kepada Allah!” Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang
sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah
mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh
dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.
Orang yang bersedekah secara bersembunyi
sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia
menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya
tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan
terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan
dari orang ramai.
Orang yang menyebut atau mengingati
Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air
matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.
Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan
sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan
ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran
dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.
loading...
Anda sedang membaca artikel tentang 7 Golongan yang Mendapat Naungan di Padang Mahsyar dan anda bisa menemukan artikel ini dengan url http://al-syahbana.blogspot.com/2012/11/7-golongan-yang-mendapat-naungan-di.html
0 comments:
Posting Komentar
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda
• Gunakanlah bahasa yang sopan dalam berkomentar
• Dilarang melakukan SPAM
• Dilarang menggunakan link
• Dilarang promosi dalam kotak komentar (jika ingin memasang iklan silahkan hubungi kami)